09 March 2011

minat membaca?

anda minat membaca?
aku? ye!! itulah jawapan aku untuk soalan itu. bukan setakat membaca malah aku minat menulis. terlalu minat sayangnya bahasa aku x cukup cantik dan imaginasi aku x cukup tinggi dan pengetahuan juga x berape luas. tapi aku minat. dulu2 waktu zaman sekolah aku pernah beberape kali cube menulis cerpen dan aku ade jugak bagi pada cikgu bahasa melayu aku dan cikgu bagi markah... markahnyer? rahsia. tapi ok la sedap dibaca (itu kate cikgu bahasa melayu aku la) dan aku buat percubaan tu 2-3 kali jugak la sampai aku habis STPM. ms zaman sekolah entah kenapa aku suke tulis kisah2 yg sedih dan lebih pada kekeluargaan (yg pasti aku xde masalah keluarga) tapi aku suke tulis macam tuh. mungkin sebab aku kurang pengetahuan yang lain menyebabkan itu saje yang mampu aku sampai kan. waktu aku sambung study ke peringkat yang lebih tinggi aku ade buat percubaan lagi. percubaan yang lebih besar tulis novel pendek. ni gara2 aku terjumpa novel photostat di library kolej milik bekas pelajar. buku tu menarik minat aku dan menaikkan semangat aku untuk menulis. ermmmm..tapi sayang,... keje separuh jalan. sudahnya x bersambung2 n banyak jugak la yg aku buat terbengkalai. setelah bertahun lamanya tinggalkan minat menulis nih aku bermula balik dengan penulisan blog yang entah hape2 ni. actually ni aku buat untuk menaikkan minat aku semula. tapi minat membaca aku masih tegar seperti dulu. buku2 aku da cukup banyak sebanyak kasut2 dan baju2 aku. paling aku ingin dapatkan adalah 'interlock'..aku terlalu admire dengan buku itu. aku dah memegangnyer cume xdapat jadi milik aku. buku yang terlalu kontroversi bagi aku dan seluruh malaysia kini...eh pernah buka blog ini akubintangbiasa ? aku agak jatuh cinta dengan penulisannya. cerita santai dan natural. bagi aku la. cerita yg ringan yg semua org akan rs seperti berada dalam cerita tu. bagi aku penulis ni berjaya menguasai minda pembacanya. aku baca novel2 dan cerpen2 dalam blog dia. apa yang aku harap 1 hari nanti aku boleh asah minat aku. aku selalu cakap lepas kawen dan hidup lebih stabil aku akan berhenti kerja untuk menulis, menjahit manik dan membaca. sesiapa je yang bertanya apa yang aku akan buat lepas berhenti kerja itula jawapan aku.

sekian wassalam...

2 comments:

kay_are said...

xpe2.. same2 je bahase tunggang langgang gak.. pape pun kte praktis ari2 kan.. hee

Intan Maizura Ibrahim said...

like